Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Wartawan BH
Title :59 pelajar UMK santuni komuniti Orang Asli di Pulau Banding
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :13 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) menerusi Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) komited membentuk graduan perakaunan holistik yang bukan sekadar cekap dari sudut teknikal, malah berupaya berfikir sebagai penasihat perniagaan yang beretika serta bertanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar. Komitmen ini dizahirkan menerusi penganjuran program 'Accountants Back to Nature @ UMK-TRaCe' - satu inisiatif pembelajaran berasaskan aplikasi sebenar membabitkan 59 pelajar Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (SAA) Tahun Tiga. Program turut dianjurkan bersama Pulau Banding Foundation, selaras usaha memperkukuh kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan rakan strategik dalam pembangunan pendidikan, komuniti dan kelestarian. Program ini dilaksanakan di UMK Tropical Rainforest Research Centre (UMK-TRaCe) di Pulau Banding, Perak yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan hutan hujan tropika serta platform pembelajaran dan ekopelancongan. UMK-TRaCe menyediakan kemudahan asas seperti makmal penyelidikan, penginapan, ruang pembelajaran dan persekitaran semula jadi yang sesuai untuk aktiviti akademik, penyelidikan dan pembangunan komuniti. Pengarah Program, Najmuddin Mohd Johari, berkata antara pengisian utama program ialah pembabitan komuniti di Kampung Klewang menerusi aktiviti sukan bola dan sukaneka bersama komuniti Orang Asli, selain sumbangan barangan keperluan asas kepada komuniti Orang Asli setempat. "Kemuncak penglibatan komuniti ialah pelaksanaan Program Klinik Kebersihan Mulut, di mana kami menyediakan dan mengagihkan berus gigi serta ubat gigi kepada kanak-kanak dan remaja, selain memberi pendedahan mengenai amalan kebersihan mulut yang betul. "Program turut disertai sesi perkongsian budaya bersama komuniti setempat, yang memberi ruang kepada pelajar memahami nilai kehidupan masyarakat Orang Asli serta kepentingan sensitiviti sosial dalam konteks profesional masa hadapan," katanya. Najmuddin berkata mereka juga dikehendaki menganalisis dapatan pemerhatian sepanjang program dan membentangkan cadangan penambahbaikan dari sudut kelestarian, operasi dan nilai jangka panjang. "Pertandingan ini menguji keupayaan pelajar berfikir secara kritikal, analitikal dan praktikal, selaras dengan peranan akauntan sebagai penasihat perniagaan," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035