Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Asrol Awang
Title :Sultan Pahang berkenan berangkat lihat serpihan disyaki objek dari angkasa
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :07 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan berangkat melihat serpihan dipercayai objek dari angkasa di Nenasi, Pekan. Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang hari ini, baginda melihat objek berkenaan kini diletakkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). "Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat objek berkenaan dari dekat serta mendengar persembahan taklimat Penguasa Angkasa dari Bahagian Penguasa Angkasa MOSTI, Mhd Fairos Asillam. "Baginda turut menerima sembah maklum berkenaan kajian yang masih dilakukan pihak MOSTI terhadap objek berkenaan berdasarkan rupa bentuk, keadaan semasa serta andaian lokasi asal serpihan itu," menerusi hantaran itu. Difahamkan, berat serpihan itu dianggarkan mencecah 500 kilogram ditemukan di kawasan pantai Kampung Tanjung, Nenasi. Panjang serpihan itu 4.26 meter dan lebar 3.64 meter serta terdapat teritip iaitu sejenis hidupan marin melekat di sekeliling objek itu. Media sebelum ini melaporkan tiga satelit milik China pernah terjatuh di bumi antara 2018 dan 2022. Serpihan objek itu dilaporkan pernah dijumpai di beberapa lokasi termasuk Lautan Pasifik serta Lautan Hindi. Antaranya ialah satelit Tiangong-1 pada 2018 dan Long March 5B pada 2022. Serpihan satelit berkenaan pernah ditemukan terapung di kawasan perairan Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035