Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Rafi Mamat
Title :JPV Pahang perkenal klinik veterinar bergerak pertama di Pantai Timur
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :20 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang menyediakan klinik veterinar bergerak serba lengkap yang pertama di Pantai Timur bagi kegunaan memberi rawatan pada haiwan peliharaan di kawasan luar bandar. Klinik berkenaan dilengkapi bilik untuk rawatan, bedah, bius, kurungan, ruang pendaftaran dan menunggu. Ia mula beroperasi kelmarin sempena program Kampungku Ceria di Tasik Paya Besar, di sini. Pengarah JPV Pahang, Dr Norhaliza Abdul Halim berkata, klinik veterinar bergerak itu dijangka ke setiap daerah di negeri itu setiap bulan bagi memberi perkhidmatan yang diperlukan haiwan seperti kucing, anjing, arnab dan hamster. Beliau berkata, pihaknya memberi tumpuan pada rawatan seperti pemberian vaksin, ubat cacing dan ubat kutu termasuk aktiviti pemandulan serta pembedahan kecil yang perlu dilakukan segera bagi menyelamat nyawa haiwan peliharaan itu. "Di bahagian luar klinik bergerak ini terdapat pentas menonton televisyen yang menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan kemudahan rawatan dan penjagaan haiwan peliharaan. "Kita mampu memberi rawatan antara 40 hingga 50 ekor haiwan peliharaan sehari bergantung pada jenis rawatan yang diberikan. Untuk pemberian vaksin, ubat cacing dan ubat kutu akan mengambil masa kira-kira 10-15 minit hingga sejam bagi pemandulan," katanya, di sini hari ini. Norhaliza menambah, bayaran serendah RM5 dikenakan bagi rawatan seperti suntikan vaksin, ubat cacing dan ubat kutu. Bagi pemandulan dikenakan RM80 bagi kucing jantan dan RM120 kucing betina. Sementara itu, Ketua Bahagian Kesihatan Veterinar JPV Pahang, Dr Zakaria Ahmad berkata, klinik veterinar bergerak memudahkan pemilik haiwan peliharaan mendapatkan kemudahan rawatan. "Klinik veterinar bergerak dikendalikan tujuh kakitangan termasuk tiga penolong pegawai veterinar yang akan memberi rawatan. Kita berharap perkhidmatan bergerak yang disediakan ini mendapat sambutan daripada pemilik haiwan peliharaan di negeri ini," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035