|
Koleksi Khas Digital
|
|
| ||||||||||||||||||
| Full Text : |
| PEKAN: "Dalam masa kira-kira empat jam tiga lembu saya seekor jantan dan dua betina dilarikan pencuri menaiki kereta Nissan Almera," kata penternak, Nurizaini Mohd Ansori, 49.
Dalam kejadian malam kelmarin di Kampung Langgar, di sini, pencuri terbabit menembak lembu dengan ubat pelali dan melapah kemudian melarikan diri menaiki kenderaan yang sedia menunggu dalam kawasan gelap bersebelahan padang ragut.
Sebelum menembak dengan ubat pelali pencuri menghalau kumpulan 14 lembu dalam kandang ke kawasan padang ragut kira-kira 50 meter dari rumahnya.
Katanya, jiran melihat cahaya lampu di kawasan kandang lembu kira-kira sepuluh meter di belakang rumahnya.
"Saya hanya menyedari tiga lembu dicuri apabila melihat kumpulan 11 lembu berkeliaran dalam kawasan rumah dan kelihatan begitu takut. Lembu jantan yang menjadi ketua kumpulan haiwan terbabit tidak kelihatan.
"Ini kali pertama ternakan saya dicuri, tahun lalu ada cubaan tetapi tidak berjaya. Saya yakin kumpulan sama mencuri ternakan saya malam kelmarin," katanya yang mengakui kerugian lebih RM10,000 berdasarkan harga lembu semasa.
Nurizaini menyerahkan jarum suntikan pelali yang digunakan pencuri kepada polis untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Pengarah Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pahang, Dr Norhaliza Abdul Halim, berkata penternak boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa sekiranya melihat individu dan kenderaan yang mencurigakan dalam kawasan kampung. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |