Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang kembali dilanda banjir, satu PPS dibuka di Raub
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :02/01/2026 12:01 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub awal pagi tadi bagi menempatkan mangsa terjejas akibat banjir susulan limpahan Sungai Ulu Atok. Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub, setakat 10.22 pagi, sebanyak 68 mangsa daripada 15 keluarga telah dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Atok yang dibuka sejak 6 pagi tadi. "Kesemua mangsa yang terjejas telah dipindahkan ke PPS berhampiran," menurut kenyataan itu hari ini. Beliau berkata kejadian banjir berkenaan berlaku akibat limpahan Sungai Ulu Atok berikutan hujan lebat berterusan di kawasan berkenaan sejak semalam. "Mangsa terlibat merupakan penduduk yang kali pertama dilanda banjir bagi musim 2025/2026," katanya. -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035