Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :03/01/2026 09:45 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Sarawak mencatatkan sedikit peningkatan manakala Johor menurun dengan keseluruhan mangsa sebanyak 1,538 orang pada pagi ini. Di PAHANG, portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan, jumlah mangsa di Raub meningkat kepada 83 orang daripada 17 keluarga berbanding 74 orang daripada 15 keluarga petang semalam, dengan mereka ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Ulu Atok. Laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan bacaan paras air di stesen sungai utama di seluruh Pahang masih di bawah paras bahaya. Di SARAWAK, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, jumlah mangsa meningkat kepada 1,343 orang daripada 342 keluarga setakat 7 pagi ini berbanding 1,320 orang daripada 338 keluarga malam tadi. Peningkatan mangsa direkodkan di PPS Masjid Darul Istiqlaal, Kuching dan PPS SJKC Chung Hwa, Lawas manakala jumlah di sembilan lagi PPS kekal, iaitu di Dewan Masyarakat Stapok, Dewan R, Piang Kampung Sinar Budi Baru dan Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu. PPS lain ialah Dewan Surau Nurul Najhin Stapok, Dewan Serbaguna Taman Malihah, SJK Chung Hua Sungai Tengah, SJK Chung Hua Batu Kawa, Dewan Suarah Kota Samarahan dan Dewan Masyarakat Trusan. Sementara itu di JOHOR, Pengerusi JPBN Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, sebanyak 112 orang daripada 31 keluarga masih berada di lima PPS di Segamat, menurun berbanding 134 orang daripada 36 keluarga semalam. PPS Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 40 orang daripada 12 keluarga, Dewan Serbaguna Kampung Tasek (18 orang, lima keluarga), Balai Raya Kampung Sanglang (14 orang, empat keluarga), Balai Raya Kuala Paya (23 orang, lima keluarga) dan Dewan Serbaguna Kampung Tandong (17 orang, lima keluarga). "Setakat pagi ini, tiada amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia namun, daerah Segamat dilaporkan hujan manakala Johor Bahru dan Mersing mendung," katanya. Beliau berkata, Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat melepasi paras bahaya dengan bacaan 8.53 meter manakala Sungai Tekam di Jeti Sungai Tekam berada pada paras amaran dengan bacaan 3.99 meter. -- BERNAMA    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035