Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang rekod RM18.04 bilion pelaburan komited sepanjang 2025
Faculty :Astro Awani
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang berjaya merekodkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM18.04 bilion sepanjang 2025, melepasi sasaran awal RM14 bilion yang ditetapkan kerajaan negeri. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pencapaian itu mendorong kerajaan negeri untuk terus mempertingkatkan usaha menarik pelaburan pada masa hadapan. "Kita sasarkan RM14 bilion namun berjaya capai RM18 bilion, insya-Allah prestasi ini akan ditingkatkan lagi bagi 2026," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Cari Gali Sumber Air Bawah Tanah oleh Bubbles O2 Sdn Bhd di Ladang Gambang Yayasan Pahang, di sini hari ini. Mengulas mengenai majlis berkenaan, beliau berkata ia merupakan satu lagi inisiatif pelaburan strategik dalam usaha meneroka sumber air bawah tanah di negeri itu. "Saya merakamkan penghargaan kepada Bubbles O2 Sdn Bhd kerana memilih Pahang sebagai destinasi pelaburan. Insya-Allah telaga ini dijangka mampu menghasilkan kira-kira 14 juta botol air setahun," katanya. Wan Rosdy berkata projek itu dijangka memberi manfaat kepada kedua-dua pihak termasuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri, mewujudkan peluang pekerjaan serta membina kerjasama strategik jangka panjang antara kerajaan negeri dan pelabur. Beliau berkata pengeluaran sulung produk air mineral Bubbles O2 di negeri itu dijangka bermula seawal enam bulan selepas projek itu siap sepenuhnya. "Projek ini juga dijangka mewujudkan lebih 100 peluang pekerjaan, dengan keutamaan diberikan kepada anak Pahang khususnya penduduk sekitar kawasan ini," katanya. Wan Rosdy turut memaklumkan kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan untuk memperluaskan projek berkenaan ke kawasan Pahang Barat susulan permintaan yang tinggi terhadap produk air Bubbles O2. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035