Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Istana nafi Tengku Ampuan Pahang tawar bantuan wang tunai melalui media sosial
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :07/01/2026 17:41 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Istana Pahang menafikan dakwaan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menawarkan bantuan wang tunai kepada orang ramai menerusi media sosial. Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, orang ramai diminta berhati-hati dan tidak terperdaya dengan bantuan wang tunai melalui media sosial dan aplikasi WhatsApp yang menggunakan nama 'Tengku Azizah' atau 'Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah'. "Penafian ini susulan mesej disebar kepada orang ramai yang didapati giat memperdayakan masyarakat dengan tawaran bantuan wang lumayan serta meminta maklumat peribadi mangsa," menurut hantaran itu. Istana Pahang menyifatkan perbuatan itu sebagai cubaan penipuan yang tidak bertanggungjawab dan boleh menjejaskan imej institusi diraja. "Orang ramai digesa membuat laporan kepada pihak berkuasa sekiranya dihubungi atau menerima sebarang mesej mencurigakan atas nama Tengku Ampuan Pahang," menurut hantaran itu. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035