Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Kanak-kanak perempuan dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication : 11/01/2026 05:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang semalam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang. "Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di sini semalam. Jurucakap itu memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 6.45 petang. Operasi melibatkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dengan kekuatan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). -- BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035