Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Sinar Harian
Title :Jalan Teluk Ganchong-Lepar ditutup akibat mendapan tanah
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :11/01/2026 11:20 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN: Jalan Teluk Ganchong-Lepar berhampiran Pondok Polis Bukit Kenau di sini ditutup mulai hari ini susulan berlaku mendapan dan runtuhan tanah di bahu jalan. Penutupan itu dimaklumkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang menerusi satu kenyataan dimuatnaik naik di laman sosial pada Ahad. Menurut kenyataan itu, hanya satu lorong dibuka untuk kenderaan ringan manakala kenderaan berat tidak dibenarkan melalui laluan terbabit buat sementara waktu. "Penutupan sementara bermula hari ini sehingga tarikh pembukaan penuh diumumkan kelak. "Pengguna kenderaan berat dinasihatkan menggunakan jalan alternatif melalui FT12 Jalan Kuantan-Segamat dan FT82 Jalan Batu Balik-Pekan (Persimpangan Paloh Hinai)," katanya. JKR Pahang turut memaklumkan, papan tanda amaran dan arah laluan alternatif dipasang bagi memudahkan aliran trafik. Katanya, semua pengguna jalan raya dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda. "JKR Pahang memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama orang ramai. "Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat JKR Daerah Pekan di talian 09-4222040," katanya. - Sinar Harian  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035