Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :16/01/2026 21:41 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang dipilih sebagai destinasi utama di Malaysia untuk pelancongan alam semula jadi dan ekopelancongan, menurut Tourism Pahang. Berdasarkan tinjauan pengguna di seluruh negara pelancong memilih Pahang untuk percutian alam semula jadi yang menenangkan, kepelbagaian pengalaman serta pelancongan mampan. Sebanyak 34.3 peratus memilih negeri itu sebagai destinasi percutian alam semula jadi dan 21.8 peratus menamakan Genting Highlands sebagai tarikan utama. "Selain itu, sebanyak 28.1 peratus responden memilih negeri ini kerana menawarkan gabungan pengalaman terbaik, manakala 30.5 peratus mengiktiraf Pahang sebagai negeri paling komited terhadap pelancongan mesra alam dan lestari," menurut kenyataanTourism Pahang. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang Leong Yu Man berkata pengiktirafan itu menjadi pemangkin untuk terus membangunkan dan mempromosikan Pahang sebagai destinasi utama yang menitikberatkan kelestarian alam sekitar. Justeru, beliau optimis untuk mencapai sasaran 15 juta pelancong tempatan dan antarabangsa sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026). "Kerjasama antara rakan pelancongan, agensi kerajaan dan pemain industri akan menjadi faktor utama dalam memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi yang mesra, lestari dan bertaraf dunia," kata Leong. Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting Spencer Lee berkata syarikat itu memainkan peranan aktif dalam mempromosikan ekopelancongan menerusi pendidikan dan pengalaman imersif. "Eufloria merupakan tarikan ekopelancongan dan pelancongan pendidikan yang berteraskan kompleks rumah hijau terbesar di Malaysia, menawarkan pembelajaran berasaskan alam semula jadi melalui hortikultur, seni dan pemuliharaan," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035