Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :17/01/2026 11:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyeru seluruh umat Islam, khususnya di negeri ini agar memperingati peristiwa Israk dan Mikraj. Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut mengajak umat Islam untuk menjadikan peristiwa Israk dan Mikraj sebagai peringatan yang mendalam akan kebesaran Allah SWT serta keutamaan solat sebagai asas pembentukan insan beriman. "Peristiwa agung ini mengingatkan kita bahawa kekuatan rohani, keikhlasan ibadah dan keluhuran akhlak ialah tunjang kepada kesejahteraan diri, keluarga serta masyarakat. "Melaluinya, umat Islam dituntut untuk terus memperteguh iman, memelihara perpaduan serta melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab," titah baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang. Baginda berdua bertitah semoga sambutan Israk dan Mikraj ini menjadi pemangkin kepada kehidupan yang lebih diredai Allah SWT, di samping membawa keberkatan dan kesejahteraan berpanjangan buat negeri Pahang serta seluruh ummah. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035