Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :PM Anwar tiba di Pahang, mulakan lawatan kerja dan program ramah mesra di Bentong
Place of Production :Pekan
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :22/01/2026 11:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja sehari di Pahang dengan agenda pertama menghadiri Taklimat Pembangunan Negeri di Pejabat Daerah dan Tanah di sini. Ketibaan Anwar pada 10.05 pagi disambut Setiausaha Kerajaaan Negeri Datuk Seri Nazri Abu Bakar dan barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan. Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. Selepas taklimat, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadualkan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Masyarakat Tionghua di Dewan Utama Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Perting sebelum ke Majlis Perjumpaan Bersama Warga Maahad di seluruh Bentong di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini. Perdana Menteri turut dijadualkan menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama pelajar Sekolah Agama Rakyat Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di KAFA Saidatina Aisyah di Taman Harmoni di sini, sebelum menghakhiri lawatan di Projek Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen), Karak. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035