Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :SPRM reman seorang pengarah IPTA disyaki salah guna kuasa
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :06/01/2026 17:45 MY
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah menahan reman pengarah sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri itu kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan dengan melantik syarikat milik anaknya bagi kerja pembekalan kain batik bernilai kira-kira RM16,000. Sumber memaklumkan perintah reman sehingga 10 Jan terhadap wanita itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani, pagi tadi. Suspek berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sungai Petani. "Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan itu atas kapasiti sebagai pengerusi koperasi di IPTA itu pada Ogos 2024 apabila pembekalan kain batik dibuat bagi tujuan pembuatan baju batik tenaga pengajar dan petugas institusi terbabit," menurut sumber. Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035