Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NURUL IZZATI ZAINI
Title :Penuntut UPSI lemas ketika cuba selamatkan rakan di Sungai Kedondong
Faculty :Kosmo
Year of Publication :11 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
HULU SELANGOR – Kegembiraan sekumpulan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ketika bermandi-manda berakhir dengan tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas di Sungai Kedondong, Batang Kali, di sini hari ini. Mangsa, S. Theivanehsan, 25, disahkan maut selepas hanyut dibawa air deras ketika cuba menyelamatkan rakan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 4.46 petang. Katanya, seramai enam anggota beserta jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian. “Maklumat daripada saksi kejadian, mangsa yang lemas cuba menyelamatkan rakan namun dibawa hanyut air deras,” katanya dalam kenyataan. Tambah Ahmad Mukhlis, mangsa ditemui 10 meter dari tempat kejadian dan disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035