Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :IUC bukti keberkesanan WEL, 70 peratus graduan sudah bekerja
Faculty :Kosmo
Year of Publication :2 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PUTRAJAYA – Innovative University College (IUC) membuktikan keberkesanan pendekatan Work Experience Learning (WEL) apabila 70 peratus graduannya berjaya memperoleh pekerjaan sejurus tamat pengajian. Pengasas merangkap Ahli Lembaga Pengarah IUC, Shahawati Umar, berkata, kejayaan graduan menembusi pasaran kerja dalam tempoh singkat membuktikan model pembelajaran berasaskan pengalaman kerja dan industri yang diterapkan berada di landasan tepat. “Pendekatan WEL memberi pendedahan kepada dunia kerja sebenar kepada pelajar sejak awal semester pengajian. “Ia membantu mereka menjadi lebih bersedia, yakin serta memenuhi keperluan industri sebaik tamat belajar,” katanya. Menurut Shahawati, kejayaan ini turut disokong oleh kepimpinan strategik dan ekosistem industri yang kukuh, termasuk sokongan daripada Executive Chairman Innovative Capital Berhad, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, yang sentiasa menekankan pembangunan bakat berteraskan kebolehpasaran, nilai kepimpinan dan pemikiran keusahawanan. Tambah beliau, IUC tidak hanya menumpukan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya memberi penekanan kepada kemahiran praktikal, sikap profesional dan kebolehpasaran graduan agar seiring dengan kehendak industri semasa. Sementara itu, IUC terus mengorak langkah sebagai institusi pendidikan berteraskan industri apabila berjaya menganjurkan Istiadat Konvokesyen ke-11 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), sekali gus meraikan kejayaan 528 graduan daripada program diploma dan sijil. Istiadat konvokesyen disempurnakan oleh Canselor IUC, Kepten (R) Profesor Emeritus Datuk Dr. Hashim Yaacob, dan turut dihadiri barisan kepimpinan tertinggi universiti, Ahli Lembaga Pengarah serta Lembaga Tadbir Urus IUC.   Antara detik paling membanggakan dalam majlis tersebut adalah penyampaian Anugerah Canselor kepada Mohamad Azlie Jamil, graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, atas kecemerlangan akademik, kepimpinan serta komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. IUC turut menyampaikan beberapa anugerah khas bagi mengiktiraf kecemerlangan akademik dan penyelidikan, selain Anugerah Kecemerlangan Industri kepada rakan industri yang banyak menyumbang kepada pembangunan pelajar, pelaksanaan WEL dan peningkatan kebolehpasaran graduan. Konvokesyen kali ini juga menyaksikan pelantikan beberapa Profesor dan Profesor Madya, sekali gus mencerminkan komitmen IUC dalam memperkukuh kepimpinan akademik dan kecemerlangan ilmiah. Sebagai universiti korporat yang menjuarai pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman kerja, IUC mencatat pencapaian memberangsangkan apabila 70 peratus graduannya berjaya memperoleh pekerjaan, berdasarkan data terkini hasil graduan, sekali gus mengukuhkan peranannya dalam melahirkan tenaga kerja yang kompeten dan relevan dengan keperluan industri semasa. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035