Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norhaspida Yatim
Title :UniSZA salur bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan lampu isyarat
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :06 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyalurkan bantuan kebajikan kepada keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, yang maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini pada Isnin. Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Fadzli Adam berkata, pemergian Allahyarham disifatkan sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah seluruh warga UniSZA. "Sebagai tanda keprihatinan dan kebajikan, UniSZA akan menyalurkan beberapa bentuk bantuan kepada keluarga Allahyarhamah. "Antara bentuk bantuan adalah khairat kematian pelajar berjumlah RM1,000, pampasan kematian sebanyak RM5,000, bantuan pengurusan jenazah RM1,000 serta tuntutan insurans pelajar berjumlah RM12,000 tertakluk kepada terma dan syarat yang berkuat kuasa," katanya. Fadzli sebelum itu mluangkan masa hadir menziarahi keluarga Allahyarhamah di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah pada petang Isnin. Beliau turut bersama-sama menunaikan solat jenazah yang dipimpin bapa Allahyarham, Mazli Yusoh di Masjid Ibadurrahman, Kampung Kuala Bekah, di sini pada malam Isnin. "UniSZA turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT, diampunkan segala dosa, diterima amal kebajikan serta ditempatkan dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beroleh kedudukan mulia di sisiNya," katanya. Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Syakirah Hanan yang juga Pelajar Semester 2, Diploma Pascasiswazah Pendidikan di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari UniSZA maut selepas kereta Perodua Viva dipandunya dirempuh sebuah Honda Jazz dipandu seorang lelaki berusia 32 tahun. Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari di persimpangan lampu isyarat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini pada Isnin.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035