Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Sultan Pahang tangguh perjalanan bantu mangsa kemalangan di Temerloh
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :23 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi memperlihatkan keprihatinan tinggi apabila baginda menangguhkan sebentar perjalanan bagi membantu mangsa kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) berhampiran susur keluar Plaza Tol Temerloh pada Jumaat. Kesultanan Pahang menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan Al-Sultan Abdullah ketika itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Semasa tiba di lokasi kejadian, baginda melihat kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan sebuah kereta. "Bimbang dengan kecederaan yang dialami penunggang motosikal terbabit menyebabkan baginda menitahkan agar kereta polis pengiring membawa mangsa ke Hospital Temerloh dengan segera untuk mendapatkan rawatan,” menurut hantaran itu. Sultan Pahang turut berkenan turun dari kenderaan untuk melihat serta bertanya sendiri situasi mangsa dan sebuah lagi kereta terlibat sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuantan. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035