Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Sinar Harian
Title :Intellectours perkukuh ekosistem edutourism
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :08 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - UMPSA Advanced Sdn Bhd (UMPSA Advanced) terus memperluas peranan strategiknya dalam bidang pendidikan dan perniagaan melalui penubuhan  Intellectours Sdn Bhd (Intellectours) iaitu sebuah syarikat edutourism. Ia menggabungkan pendidikan, pelancongan dan mobiliti global bagi mempromosikan pembelajaran berimpak tinggi, pengayaan budaya serta pembangunan mampan. Berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Intellectours berperanan sebagai entiti strategik yang memfokuskan kepada edutourism, pengurusan acara, mobiliti pelajar, program latihan profesional serta pelaksanaan projek khas berasaskan geran, termasuk inisiatif berkaitan promosi pelancongan dan penganjuran program antarabangsa. Mengangkat slogan Where Learning Comes Alive, Intellectours menawarkan pengalaman pembelajaran berasaskan pelancongan yang inklusif dan lestari. “Ia melibatkan program lawatan universiti dan industri, latihan dan pembangunan bakat, pengurusan persidangan serta penganjuran acara berskala nasional dan antarabangsa. “Pendekatan ini bukan sahaja memperkayakan pengalaman peserta, malah menyokong agenda pemerkasaan komuniti, industri dan institusi pendidikan,” kata UMPSA Advanced menerusi satu kenyataan. Antara program yang dilaksanakan termasuk program mobiliti antarabangsa yang memberi pendedahan akademik dan pengalaman global kepada peserta, antaranya Program Cultural & Academic Insight yang menekankan pembelajaran akademik serta pertukaran silang budaya. Intellectours juga melaksanakan program edutourism dan pembangunan pasukan (team building) berasaskan komuniti, alam sekitar dan industri sebagai sebahagian daripada pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman. Program-program itu dirangka bagi memastikan keseimbangan antara pembelajaran, pengalaman budaya dan impak sosial. Penubuhan Intellectours mencerminkan komitmen UMPSA Advanced dalam membangunkan ekosistem edutourism yang inovatif, berdaya saing dan mampan, sekali gus menyokong aspirasi Malaysia sebagai destinasi pembelajaran dan pelancongan pendidikan di peringkat global.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035