Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Sultan Pahang tinjau serpihan disyaki objek dari angkasa
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :08 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melihat serpihan dipercayai objek dari angkasa di Balai Polis Nenasi, Pekan pada Rabu. Kesultanan Pahang melalui hantaran Facebooknya memaklumkan, Baginda meluangkan masa kira-kira 20 minit melihat objek berkenaan dari dekat dan mendengar persembahan taklimat oleh pihak Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Baginda turut menerima sembah maklum berkenaan kajian yang masih dilakukan pihak MOSTI terhadap objek berkenaan berdasarkan rupa bentuk, keadaan semasa serta andaian lokasi asal serpihan tersebut. Objek seberat kira-kira 200 kilogram itu ditemukan penduduk kampung di pesisir pantai Kampung Tanjung, Nenasi pada 30 Disember tahun lalu sebelum ditempatkan di Balai Polis Nenasi bagi tujuan pengawasan dan kajian MOSTI. Siasatan awal polis mendapati serpihan objek berkenaan dipercayai jatuh dari angkasa ke dalam laut sebelum dihanyutkan arus ke kawasan pantai di Nenasi. Objek yang dianggarkan berukuran 4.26 meter x 3.64 meter itu telah diuji serta diteliti pegawai Jabatan Tenaga Atom Malaysia dan mendapati ia bebas daripada sebarang radiasi.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035