Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :MCMC tumpaskan kegiatan pemancar Stesen Pangkalan Palsu hantar SMS scam
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :31/01/2026 21:15 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mengesan serta menumpaskan kegiatan pemancaran Stesen Pangkalan Palsu atau "Fake Base Transceiver" (Fake BTS) di Genting Highlands, Pahang baru-baru ini. MCMC dalam kenyataan memaklumkan kejayaan itu hasil operasi bersepadu bersama syarikat telekomunikasi melalui pemantauan serta risikan teknikal dan analisis rangkaian berterusan untuk mengenal pasti gangguan perkhidmatan komunikasi serta penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsur penipuan kepada pengguna. "Pada 19 Jan 2026, pasukan MCMC berjaya mengesan dua kenderaan yang digunakan untuk menjalankan aktiviti pemancaran Fake BTS ini. "Pemeriksaan di lokasi mengesahkan berlaku pemintasan rangkaian telekomunikasi yang dipercayai digunakan untuk menghantar SMS berunsur penipuan (scam) kepada mangsa, sekali gus membuktikan aktiviti tersebut dijalankan secara terancang," menurut kenyataan itu hari ini. Menurut MCMC peralatan Fake BTS dan peranti kawalan telah dirampas untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 239(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang membawa hukuman denda hingga RM1,000,000 atau dipenjara hingga 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Siasatan turut dijalankan di bawah Peraturan 16(1)(b), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang membawa hukuman denda maksimum RM300,000 atau dipenjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. MCMC menegaskan suruhanjaya itu tidak akan tidak bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penyalahgunaan rangkaian komunikasi yang boleh menjejaskan keselamatan awam dan integriti sistem telekomunikasi negara. "Sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan rangkaian komunikasi negara kekal selamat dan terpelihara," menurut MCMC. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035