Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Sinar Harian
Title :Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :03/02/2026 04:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Ikan temelian atau temoleh kekal dilindungi selepas tiada sebarang tangkapan atau pendakwaan direkodkan membabitkan spesies itu di Pahang dalam tempoh 10 tahun. Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Roslan Abu Hasan berkata, rekod itu menunjukkan tahap pematuhan yang baik dalam kalangan nelayan darat terhadap larangan menangkap spesies berkenaan yang dikuatkuasakan setiap tahun. “Tahun ini, kita turut mengeluarkan larangan kepada orang ramai termasuk nelayan darat dan pemancing supaya tidak menangkap ikan temoleh mulai bulan ini sehingga April depan. “Larangan ini bertujuan mengelakkan kepupusan dengan cara melindungi dan memuliharanya semasa musim bertelur di lubuk ikan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin. Mengulas lanjut, Roslan berkata, berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Glami Lemi, tempoh berkenaan merupakan musim kemarau yang menyaksikan kemunculan kawasan berpasir. “Ikan temoleh mempunyai sifat unik, iaitu memilih kawasan cetek untuk bertelur secara berpasangan dengan cara berlaga dan menghempaskan telur. “Selepas proses itu, induk ikan menjadi lemah dan mudah ditangkap nelayan darat,” jelasnya. Sehubungan itu, menurut Roslan, menangkap atau memiliki ikan temoleh sepanjang musim larangan merupakan satu kesalahan. Katanya, tindakan tegas boleh diambil di bawah Kaedah 15(1) dan (2), Kaedah-Kaedah Perikanan (Perairan Sungai) 1991 Negeri Pahang. “Mana-mana individu yang didapati menangkap, mengambil, membunuh atau memiliki spesies terbabit boleh ditangkap, dikompaun atau didakwa di mahkamah. “Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda sehingga RM5,000, selain peralatan menangkap ikan dirampas dan dilupuskan mengikut peruntukan sedia ada,” katanya. - Sinar Harian  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035