Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Pahang lancar Sistem e-Rakyat
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :27 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang melancarkan Sistem Pengurusan Bantuan Rakyat Negeri Pahang (e-Rakyat) bagi mengurus maklumat serta penyelarasan bantuan rakyat secara lebih tersusun, bersepadu dan berkesan. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif itu selari dengan hala tuju pentadbiran negeri yang menekankan kecekapan, ketelusan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan. Menurutnya, sebagai sebuah platform pusat sehenti, Sistem e-Rakyat membolehkan kerajaan negeri membina, mengumpul dan menyelaraskan data bantuan antara jabatan dan agensi sekali gus mengelakkan pertindihan penerima serta pembaziran peruntukan awam. "Matlamat utama pelaksanaan sistem ini adalah untuk memastikan setiap bentuk bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar layak, disalurkan tepat pada masanya dan berasaskan keperluan sebenar rakyat. "Melalui sistem ini, perancangan belanjawan negeri dapat dilaksanakan dengan lebih tepat, realistik dan mampan di samping memperkukuh kesejahteraan rakyat serta meningkatkan keupayaan tadbir urus kerajaan negeri secara keseluruhan," katanya melalui kenyataan pada Selasa. Terdahulu, Wan Rosdy menyempurnakan pelancaran Sistem e-Rakyat itu sempena Perhimpunan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar Pahang di Dewan Kompleks Bandaraya Kuantan di sini. Jelas beliau, pelaksanaan Sistem e-Rakyat akan dibuat secara berfasa. "Fasa pertama melibatkan pendaftaran ketua isi rumah dan ahli isi rumah serta semakan penerima bantuan sedia ada khususnya di bawah Inisiatif Makmur Pahang. "Manakala fasa kedua akan melibatkan permohonan bantuan secara dalam talian yang dijadualkan bermula April ini seterusnya diperluaskan kepada bantuan kerajaan negeri serta bantuan kerajaan Persekutuan," ujarnya. Katanya, rakyat Pahang boleh mendaftar sistem ini menerusi portal erakyat.pahang.gov.my. "Pelancaran Sistem e-Rakyat ini merupakan komitmen berterusan kerajaan negeri Pahang bukan sekadar memberi bantuan tetapi memastikan setiap bantuan dilaksanakan secara adil, tersusun, telus dan benar-benar berkesan demi kepentingan rakyat," katanya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035