Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Title :IKM, KKTM, MJII dijenamakan sebagai TVETMara
Faculty :Kosmo
Year of Publication :27 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SEBERANG PERAI – Kerajaan memperkukuh agenda pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) apabila semua Institut Kemahiran Mara (IKM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) dan Mara–Japan Industrial Institute (MJII) dijenamakan semula sebagai TVETMara. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, penjenamaan semula meliputi sebanyak 25 institusi menyatukan keseluruhan ekosistem institusi TVET di bawah Mara secara lebih tersusun, bersepadu dan berpaksikan keperluan pembangunan ekonomi negara. Menurutnya, ketiga-tiga institusi terbabit menyediakan tahap pendidikan berbeza, sekali gus membuka peluang kepada golongan yang tidak memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau gagal memperoleh kredit untuk meningkatkan kerjaya dalam bidang TVET. “GiatMara berjalan seperti biasa dan menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dari Tahap Satu hingga Tahap Tiga manakala Tahap Empat dan Tahap Lima di bawah TVETMara. “Selepas itu pelajar boleh menyambung pengajian di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). “Sekiranya mereka mahu terus terjun dalam bidang pekerjaan dengan kelulusan profesional yang telah saya sebutkan, mereka boleh berbuat demikian,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Peluncuran Penjenamaan TVETMara di Tasek Gelugor di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035