Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Mohd Azlim Zainury
Title :RM350,000 diluluskan baik pulih 2 pusat pendidikan Islam di Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :30 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Kerajaan Madani terus memperkukuh pendidikan Islam dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 bagi menyokong pembinaan serta kerja-kerja baik pulih fasiliti dan infrastruktur Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa dan Ribath Az-Zahra Al-Batul di Pahang. Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, komitmen kerajaan itu dizahirkan menerusi pelbagai dasar, program dan intervensi strategik yang menyeluruh bagi memartabatkan syiar Islam di negara ini. Menurut beliau, komitmen tersebut turut diterjemahkan melalui Belanjawan 2026 apabila sebanyak RM2.6 bilion diperuntukkan bagi memperkukuh pendidikan Islam serta pembangunan sektor berkaitan, termasuk maahad tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok di seluruh negara. "Kelulusan peruntukan itu dibuat susulan lawatan kerja ke Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa, Sungai Karang Pantai, bagi meninjau secara langsung keadaan fasiliti dan infrastruktur pusat pendidikan berkenaan yang diasaskan oleh Ustaz Uwais Al-Qarni Abdul Wahab," ujarnya dalam satu kenyataan pada Jumaat. Lawatan tersebut turut disertai Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razihan Adzharuddin. Ahmad Farhan berkata, peruntukan yang diluluskan oleh Perdana Menteri itu bertujuan memastikan para pelajar dapat menimba ilmu agama dalam persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif. Menurutnya, usaha tersebut diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan Islam serta menyuntik semangat kepada generasi muda untuk terus mendalami ilmu agama dan melahirkan insan berilmu yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara. "Kerajaan Madani akan terus komited memperkasa institusi pendidikan Islam sebagai sebahagian daripada agenda pembangunan insan yang holistik dan berteraskan nilai," tambahnya.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035