Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :SPRM Pahang perkukuh kerjasama integriti dengan kerajaan negeri
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :28 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berintegriti dan bebas rasuah. Pengarah SPRM Pahang, Mohd Shukor Mahmud berkata, komitmen itu selari dengan kepentingan penghayatan prinsip Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) sebagai panduan utama dalam membentuk budaya kerja berintegriti dan berakauntabiliti. "Kedua-dua pihak telah bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa berkaitan pengukuhan integriti dalam pentadbiran kerajaan negeri. "Pematuhan kepada prinsip ketelusan serta usaha berterusan membudayakan nilai-nilai integriti dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di Pejabat Menteri Besar Pahang di sini pada Selasa. Kunjungan hormat bertujuan memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pahang dan SPRM khususnya dalam aspek tadbir urus, integriti serta usaha pencegahan rasuah selaras dengan aspirasi Keep Malaysia Clean (KMC) dan pelaksanaan NACS 2024 - 2028. Sementara itu, Wan Rosdy menzahirkan penghargaan atas peranan dan komitmen SPRM dalam memastikan pentadbiran kerajaan sentiasa berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan tadbir urus yang baik. Beliau turut menyatakan sokongan penuh inisiatif pencegahan rasuah termasuk program kesedaran awam dan pelaksanaan inisiatif di bawah agenda "Keep Malaysia Clean" serta NACS di peringkat negeri.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035