Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :10 murid Tahun Satu jadi pelajar sulung SRAIN Pahang
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :15 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Seramai 10 murid Tahun Satu menjadi pelajar sulung Sekolah Rendah Agama Islam Negeri (SRAIN) Pahang di Cameron Highlands yang dibuka pada sesi persekolahan 2026, 12 Januari lalu. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, SRAIN Pahang yang pertama dan milik penuh kerajaan negeri itu hasil cetusan idea Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah. Menurutnya, sekolah itu kini beroperasi sementara di bangunan rumah kedai di Golden Hill 12, Cameron Highlands. "Bangunan kekal sekolah berkenaan akan dibina di tapak sebenar seluas empat hektar yang telah dikenal pasti di Taman Royalily, Tanah Rata," katanya melalui kenyataan pada Khamis. Syed Ibrahim yang hadir melawat sekolah itu pada Khamis menjelaskan, peruntukan RM15 juta disediakan bagi kos pembinaan sekolah berkenaan sebagaimana diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada pembentangan Belanjawan Negeri 2026 baru-baru ini. Jelasnya, pembinaan turut melibatkan sebuah masjid daerah di tapak itu. Beliau berkata, pengambilan pertama pelajar tahun ini hanya melibatkan murid Tahun Satu dengan enam guru yang memfokuskan pembelajaran tahfiz al-Quran, akademik, agama Islam, bahasa Arab dan kurikulum bersepadu. SRAIN di Cameron Highlands itu merupakan sekolah rendah agama Islam kerajaan negeri pertama dan menawarkan pendidikan asas agama lengkap serta berkualiti kepada murid sekolah rendah. Kerajaan negeri Pahang melalui Facebooknya sebelum ini menjelaskan sekolah itu dikendalikan guru terlatih dan berpengalaman di bawah selian Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan kerajaan negeri.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035