Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :AMIR HAIKAL KAMARUDIN
Title :[VIDEO] ‘Staf saya macam nak pengsan tengok Tuanku datang’
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli melawat sebuah kedai yang menjual kraf tangan, wangian dan minyak wangi ketika membuat lawatan ke Masjid Negeri Pahang, Sultan Ahmad 1. Menerusi satu hantaran di laman TikTok oleh @Shirmi Tam, Tengku Ampuan Pahang mencuri tumpuan apabila teruja melihat kewujudan kedai berkenaan di dalam kawasan masjid. “Saya tak pernah nampak kedai di masjid,” ujarnya. Dalam lawatan tersebut, Sultan Pahang turut meluangkan masa mencuba kopiah yang dijual di kedai berkenaan, sekali gus menambah suasana mesra dan santai ketika sesi lawatan. Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi positif dilontarkan oleh netizen terhadap hantaran tersebut. “Raja berjiwa rakyat ni yang kita mahu,” ujar seorang pengguna media sosial, @Mahzai. “Bagus ada kedai macam ni kat masjid, kadang-kadang musafir ni urgent (segera) nak balik atas urusan, barang pun tak banyak,” kata @Wati   “Memang mak-mak perangai macam ni kan, nampak yang menarik panggil suami tengok sekali. Comel Tuanku,” komen seorang pengguna TikTok. Pemilik kedai berkenaan, @LiezaMorad turut berkongsi keterujaannya di ruangan komen semasa menerima kunjungan diraja itu. “Staf saya macam nak pengsan tengok Tuanku datang,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035