Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Title :Pelajar UiTM Bukit Besi mati lemas di Air Terjun Bukit Puteri
Faculty :Kosmo
Year of Publication :24 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
DUNGUN – Keterujaan sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Bukit Besi beriadah di Air Terjun Tasik Puteri, Bukit Besi, di sini, hari ini bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka maut akibat lemas. Mayat mangsa, Amirul Danish Zamri, 19, yang merupakan pelajar tahun satu jurusan Kejuruteraan Mekanikal ditemui pasukan mencari dan penyelamat (SAR) pada pukul 12.45 tengah hari. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Mohd. Izzuddin Mahmood berkata, Amirul Danish dikatakan telau mengunjungi kawasan air terjun berkenaan bersama sembilan lagi rakan seuniversitinya untuk berkelah. Beliau berkata, remaja berkenaan yang berasal dari Kampung seberang Pintasan, di sini, dikatakan tiba-tiba lemas sewaktu sedang asyik mandi bersama rakan-rakannya. “Rakan-rakan mangsa panik sebelum menghubungi pihak berkuasa bagi memaklumkan insiden lemas itu pada pukul 11.18 pagi. Sepasukan 10 anggota bomba Balai Bomba dan Penyelamat AMBS kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya. Mohd. Izzuddin berkata, mayat Amirul Danish ditemukan pasukan SAR di dasar air terjun berkenaan yang sedalam kira-kira tujuh meter. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035