Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :HARRITH HISHAM
Title :Nahas UPSI: Lesen pemandu bas tamat tempoh sejak 1998
Faculty :Kosmo
Year of Publication :23 Januari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Lesen memandu salah seorang pemandu bas persiaran yang terlibat nahas membabitkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 9 Jun tahun lalu telah tamat tempoh sejak November 1998. Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Akhir Pasukan Petugas Khas Siasatan Keselamatan Pengangkutan Jalan berkaitan kes kemalangan maut sebuah bas persiaran di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (Jeli–Gerik), Perak. Menurut laporan itu, siasatan mendapati bahawa lesen pemandu berusia 53 tahun itu tidak pernah diperbaharui manakala lesen seorang lagi pemandu berusia 39 tahun masih sah sehingga Disember 2026. Dalam pada itu, semakan turut menunjukkan kewujudan pelbagai saman jalan raya bagi kedua-dua pemandu, termasuk saman yang mash aktif dan belum diselesaikan, berdasarkan maklumat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Pemandu berusia 53 tahun memiliki 22 saman manakala pemandu berusia 39 memiliki 13 saman yang masih belum diselesaikan. “Ini memberikan konteks penting terhadap tahap ketidakpatuhan terhadap keperluan perundangan asas pemanduan, keberkesanan pengawasan dan pematuhan operasi, serta amalan pengurusan keselamatan dalam pengendalian kenderaan,” katanya. Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 15 maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas membawa pelajar UPSI dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Perak pada 9 Jun tahun lalu.   Difahamkan, ketika kejadian bas tersebut dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI Tanjung Malim dari Jerteh, Terengganu. Pemandu bas yang berusia 39 tahun dan pembantunya berusia 53 tahun turut cedera dalam kemalangan itu. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035