Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ZULKIFLI MANZOR
Title :417,158 peminjam PTPTN gagal buat bayaran balik
Faculty :Kosmo
Year of Publication :9 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR – Sebanyak 0.7 peratus daripada 417,158 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih gagal membuat bayaran balik disenarai hitam keluar negara. Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, sekatan itu namun hanya dikenakan terhadap peminjam yang berpendapatan tinggi dan benar-benar culas membuat bayaran balik. Jelas beliau, sekatan tidak dikenakan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan. “Kerajaan sentiasa prihatin mengenai beban hutang serta kesukaran graduan dalam membuat bayaran balik pinjaman mereka sekiranya tidak berkemampuan. “Bawah dasar atau polisi semasa PTPTN, pelbagai inisiatif telah disediakan bagi membantu meringankan beban peminjam selepas bergraduasi,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini. Beliau menjawab soalan Datuk Seri Ismail Muttalib (PN-Maran) berhubung langkah kerajaan membantu graduan yang belum mendapat pekerjaan tetap, tetapi telah disenarai hitam untuk ke luar negara kerana gagal menjelaskan tunggakan PTPTN. Terdahulu, Adam Adli berkata, kerajaan hari ini amat menitikberatkan dalam membuka aksesibiliti buat semua terutamanya golongan B40, M40 dan orang kurang upaya (OKU)   Menurut beliau, pelajar dari keluarga miskin tegar akan diberi pinjaman maksimum PTPTN berdasarkan kadar pinjaman sedia ada untuk menyokong kelangsungan pendidikan mereka. Tambahnya, bermula tahun ini PTPTN akan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih kepada 10,000 pelajar yang layak yang merupakan peningkatan signifikan daripada 5,800 pelajar sebelum ini. “Bagi peminjam di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dari keluarga B40 dan M40 yang memperoleh ijazah sarjana muda kelas pertama, pengecualian bayaran balik pinjaman sepenuhnya diberikan. “Kira-kira 3,000 pelajar OKU di IPTA, politeknik dan kolej komuniti menerima pendidikan percuma sepenuhnya. “Ini baru permulaan. Lebih banyak inisiatif akan dikembalikan kepada rakyat apabila hutang-hutang PTPTN dikutip secara lebih sistematik tanpa membebankan peminjam,” katanya. Adam Adli turut memaklumkan, setakat ini, sebanyak RM77.5 bilion pinjaman PTPTN telah dikeluarkan bagi membantu lebih 4.26 juta pelajar IPT. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035