Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :21 ditahan disyaki ceroboh tanah Sultan Pahang
Faculty :Kosmo
Year of Publication :10 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
ROMPIN – Seramai 21 individu terdiri daripada empat lelaki dan 17 wanita ditahan kerana disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, penahanan dilakukan semalam selepas pihak polis menerima aduan mengenai pencerobohan itu daripada wakil syarikat yang dilantik mengusahakan tanah berkenaan. “Berdasarkan laporan, sekumpulan individu telah menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong buah kelapa sawit di kawasan ladang milik seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran. ‘Bagi membantu siasatan, pihak polis telah menahan seramai 4 lelaki dan 17 perempuan Orang Asli berusia lingkungan 26 tahun hingga 60 tahun di dalam kawasan ladang berkenaan kerana terlibat menceroboh tanah,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara boleh sehingga enam bulan atau denda tidak melebihi RM3,000.00, atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. Suspek juga boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai 2 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan. Dalam pada itu katanya, siasatan lanjut masih diteruskan dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan aktiviti pencerobohan tanah.   “Mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah. “Pihak polis menasihati masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035