Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :04/02/2026 05:30 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Seramai 750 peserta Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) yang tersenarai dalam sistem eKasih menerima bayaran dividen RM2,011 setiap seorang tahun ini melibatkan jumlah keseluruhan RM1.508 juta. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata bayaran dividen itu meningkat berbanding RM1,500 yang diterima peserta pada tahun lepas. "Ini adalah petunjuk bahawa sekiranya (sektor tanaman sawit dan ternakan lembu) diuruskan dengan baik, kita akan mendapat hasil yang baik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Dividen Ladang Usahasama Integrasi Lembu dan Sawit PPRT Bukit Gayong kepada peserta eKasih, di sini, pada Selasa. Beliau berkata pemilihan peserta yang menerima dividen dibuat secara teliti berdasarkan senarai dalam sistem eKasih dengan kerjasama pejabat daerah dan PASFA bagi memastikan bantuan disalurkan kepada golongan benar-benar layak. "Kita tidak boleh mengambil peserta secara semberono kerana matlamat utama program ini adalah untuk membantu mengeluarkan mereka daripada garis kemiskinan," katanya. Wan Rosdy turut berharap bantuan dividen itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh peserta PASFA, sekali gus membantu meringankan beban kewangan mereka. Mengenai kemungkinan peningkatan dividen pada masa hadapan, beliau berkata perkara itu bergantung kepada prestasi ladang serta harga sawit semasa. "Jika harga sawit kekal baik dan kawasan tanaman dapat diperluaskan, tidak mustahil dividen akan meningkat lagi," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035