Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :Pahang rekod pengurangan 100 peratus penagihan dadah di 12 kawasan berisiko tinggi
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :05/02/2026 22:42 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Pahang merekodkan pengurangan 100 peratus penagihan dadah membabitkan 12 Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) menerusi pelaksanaan Program Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi, sekali gus menjayakan misi Dadah Terkawal 2025. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata mukim yang telah berjaya diturunkan status kepada Kawasan Berisiko Rendah (KBR) ialah Gali, Batu Talam, Dong dan Sega di Raub; Pekan, Kuala Pahang dan Pahang Tua (Pekan); Perak dan Mentakab (Temerloh), Chenor dan Jengka (Maran) Kuala Kuantan di Kuantan. "Sepanjang tempoh lima tahun, Kerajaan Negeri Pahang telah memberikan sokongan berterusan melalui pelaksanaan Pelan Strategik Pahang Teguh Dadah Terkawal 2021-2025, yang diperkukuh melalui Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat daerah dan negeri," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Apresiasi Bintang Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Pahang Tahun 2025, di sini hari ini. Wan Rosdy berkata pihaknya turut menyasarkan kadar penagihan dadah tidak melebihi 700 orang bagi setiap 100,000 penduduk dalam tempoh lima tahun akan datang. Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri akan terus menyalurkan sokongan kewangan, logistik serta kerjasama strategik bagi memperkasakan inisiatif AADK ke arah merealisasikan misi Dadah Terkawal 2030. "Menerusi Belanjawan Negeri Pahang tahun ini, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan RM75,000 kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia, RM75,000 lagi kepada Persatuan Pengasih Malaysia dan RM150,000 kepada 'Drug Intervention Community' sebagai usaha pencegahan penyalahgunaan dadah di negeri ini," katanya. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035