Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Bernama
Title :21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Faculty :Astro Awani
Year of Publication :10/02/2026 10:00 MYT
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN: Polis menahan 21 Orang Asli bagi membantu siasatan pencerobohan tanah milik Sultan Pahang di Kampung Jemeri, Kuala Rompin, Rompin semalam. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, mereka termasuk 17 wanita berusia antara 26 hingga 60 tahun ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada pihak yang mendakwa dilantik mengusahakan tanah itu. "Wakil syarikat itu mendakwa sekumpulan Orang Asli menceroboh dan merosakkan palang besi serta memotong kelapa sawit di kawasan ladang milik Sultan Pahang seluas 718.281 hektar tanpa kebenaran," katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau berkata polis menahan kesemua mereka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 447 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. Sharif Shai menasihatkan masyarakat mematuhi peraturan dan undang-undang di negara ini dan mana-mana pihak perlu mempunyai geran pemilikan yang sah untuk mengusahakan tanah. -- BERNAMA  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035