Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :MSU terima Anugerah Emas dalam Putra Aria Brand 2025
Faculty :Kosmo
Physical Description :4 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) menerima pengiktirafan Anugerah Emas pada Putra Aria Brand 2025 bagi kategori Education and Learning, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha berterusan universiti itu mengukuhkan kedudukan sebagai institusi pendidikan tinggi dipercayai di Malaysia. MSU menerusi kenyataannya, pengiktirafan tersebut mengukuhkan lagi kekuatan jenama MSU, memperkasakan tahap keyakinan awam yang berterusan serta komitmen universiti dalam menyampaikan pendidikan berkualiti yang relevan dengan keperluan industri dan pembangunan masyarakat. “Anugerah Putra Aria Brand merupakan antara platform pengiktirafan jenama paling berprestij di negara ini, yang mengiktiraf organisasi berasaskan kecemerlangan, daya tahan dan sumbangan bermakna dalam sektor masing-masing. “Ia merupakan tahun kedua berturut-turut MSU diiktiraf sebagai penerima Anugerah Emas tersebut yang mana turut merupakan penerima Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa masing-masing bagi Putra Aria Brand Awards 2023 dan Putra Aria Brand Awards 2022,” menurut kenyataan itu hari ini. Hadir menerima anugerah bagi pihak MSU adalah Naib Presiden Kanan Endowmen dan Komunikasi, Datuk Rosli Yusof. Dalam pada itu, pengiktirafan ini membuktikan komitmen berterusan MSU dalam membina jenama pendidikan tinggi yang dekat dan dipercayai di Malaysia dan di peringkat global. Katanya, ia memberi motivasi kepada warga universiti untuk terus memperkasakan kualiti pendidikan melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ke arah melahirkan graduan seimbang, kompeten dan versatil selaras dengan dengan moto universiti iaitu ‘Transforming Lives, Enriching Future’.   MSU juga giat memacu agenda transformasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat dengan menawarkan laluan pendidikan yang fleksibel, termasuk pembelajaran berasaskan kerja dan pengiktirafan pembelajaran berasaskan pengalaman terdahulu. “Inisiatif ini membolehkan akses lebih luas kepada pendidikan berkualiti di samping menyokong keperluan peningkatan dan penyesuaian kemahiran dalam kalangan masyarakat,” kata MSU. Anugerah Putra Aria Brand Awards diperkenalkan buat kali pertama pada 2022 merupakan inisiatif Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) untuk mengiktiraf jenama paling dekat di hati rakyat Malaysia. Penilaian tersebut berdasarkan pilihan pengguna serta mendapat pengesahan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. Untuk edisi 2025, sebanyak 182 organisasi diiktiraf sebagai anugerah emas, perak dan gangsa melibatkan pelbagai kategori yang mana pemenang dipilih melalui kajian membabitkan 50,000 responden pengguna di Malaysia bagi menentukan jenama kegemaran negara dalam pelbagai kategori. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035