Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Lelaki disyaki bunuh keluarga baru pindah Kuantan, tiada masalah mental
Faculty :Kosmo
Year of Publication : 17 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Seorang lelaki yang dipercayai mengambil nyawa isteri, dua anak serta ibunya dalam kejadian pembunuhan tragis di sebuah rumah di Taman Damai Indah, Cherating di sini tidak mempunyai rekod mental. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, setakat ini motif kejadian itu masih dalam siasatan dan pihaknya tidak menolak kemungkinan ia berlaku disebabkan masalah kewangan. Katanya, dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, mayat pasangan suami isteri berusia 32 dan 28 tahun bersama anak mereka berusia tiga dan empat tahun dijumpai dalam bilik. Mayat seorang lagi mangsa wanita berusia 55 tahun ditemukan di bahagian dapur. “Kita percaya yang (melakukan perbuatan) membunuh ini adalah anak lelaki atau suami. Setakat ini kita masih menunggu laporan patologi. “Kita dimaklumkan dia (si mati) berhenti kerja di Selangor dan baru seminggu bekerja di Kuantan selepas pindah ke sini. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata, semasa kejadian, terdapat enam individu tinggal di dalam rumah tersebut termasuk adik suspek yang berusia 15 tahun.   Katanya, kejadian disedari oleh remaja tersebut yang terdengar bunyi bising sebelum memaklumkan perkara itu kepada orang ramai. Tambahnya, siasatan masih dilakukan bagi mengenal pasti kecederaan lain pada tubuh kesemua mangsa selain kesan kelar. Katanya, polis turut menjumpai sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek dalam kejadian tersebut. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035