Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Peruntukan RM769,481 bukti komitmen Pahang bantu rakyat sempena Ramadan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :14 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
LIPIS – Kerajaan Negeri Pahang terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat menerusi gagasan Pahang First apabila menyalurkan peruntukan berjumlah RM769,481 bagi bantuan kebajikan dan pengimarahan institusi agama sempena ketibaan bulan Ramadan tahun ini. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, inisiatif tersebut membuktikan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan hasil negeri dikembalikan kepada rakyat yang memerlukan. Katanya, sebanyak RM200,550 disalurkan kepada 573 penerima menerusi bantuan individu bersasar yang melibatkan anak yatim, ibu tunggal dan pesakit terlantar daripada 13 kampung di kawasan Jelai di sini. “Selain itu, hari ini kita turut menyampaikan sumbangan dalam bentuk cek membabitkan peruntukan RM308,931 kepada 40 penerima manfaat. “Bagi mengimarahkan masjid dan surau di kawasan Jelai dan Tanah Rata, sebanyak RM260,000 diagihkan kepada 21 masjid dan 62 surau bagi menghidupkan aktiviti ibadah sepanjang Ramadan,”katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Sumbangan Ahlan Ramadan Yayasan Pahang 2026 di Laman Sejahtera Jelai, Felda Sungai Koyan di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035