Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :KOSMO!
Title :Suami isteri rentung kereta terbakar
Faculty :Kosmo
Year of Publication :14 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
TEMERLOH – Sepasang suami isteri rentung apabila kereta jenis  Proton Preve dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis  Porsche Cayenne di Jalan Industri Mentakab di sini tengah malam semalam Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 12.57 tengah malam mengenai kejadian kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Preve dan Porsche Cayenne itu. “Kenderaan Proton Preve musnah terbakar sepenuhnya mengakibatkan dua mangsa ditemukan rentung di dalam kenderaan tersebut manakala, kenderaan Porsche Cayenne tidak terbakar. “Pemandu Porsche Cayenne dilaporkan telah melarikan diri daripada lokasi, meninggalkan seorang penumpang lelaki dewasa yang mengalami kecederaan,”katanya di sini hari ini.   Menurutnya pasukan bomba melaksanakan operasi pemadaman ke atas kereta Proton Preve dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula daripada tangki jentera. Katanya, sebaik api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota penyelamat menggunakan peralatan hidraulik bagi kerja-kerja pemotongan struktur kenderaan untuk mengeluarkan mangsa. Jelasnya, kedua-dua mangsa yang rentung kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.- KOSMO! ONLINE    
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035