Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Pelajar cucuh puntung rokok paksa pelajar junior hisap rokok ditahan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :13 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
BENTONG – Dipercayai akibat tidak mahu merokok seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah berasrama di sini dicucuh dengan puntung rokok di bahagian dada oleh seorang pelajar tingkatan lima di asrama sekolah berkenaan. Akibat kejadian mangsa yang berusia 13 tahun mengalami kecederaan akibat melecur dan dibawa ke Hospital Bentong bagi menerima rawatan lanjut. Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, susulan aduan yang dibuat mangsa semalam polis telah menahan suspek berkenaan di asrama petang semalam untuk tindakan lanjut. “Pelajar berkenaan masih ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. “Berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa enggan menghisap rokok meskipun dipaksa oleh suspek menyebabkan suspek bertindak mencucuh puntung rokok,”katanya di sini hari ini. Menurutnya, mangsa yang mendapat rawatan di Hospital Bentong tidak mengalami kecederaan serius. Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati hanya seorang suspek terlibat dalam kejadian itu.- KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035