Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
Title :Bawa 1.5 tan syabu bernilai RM78.6 juta guna kapal tangki
Faculty :Kosmo
Year of Publication :12 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Cubaan sindiket dadah antarabangsa menyeludup masuk syabu bernilai RM78.6 juta ke negara ini melalui perairan negara berjaya ditumpaskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) semalam. Pengarah Maritim Malaysia Pahang, Laksamana Pertama Mazlan Mat Rejab berkata, dalam operasi khas itu, pihaknya menahan sebuah kapal tangki dan kapal kargo yang membawa kepada rampasan syabu seberat kira-kira 1.572 tan. Katanya, rampasan pertama melibatkan kapal tangki sepanjang 50.34 meter yang didaftarkan di Thailand ditahan pada pukul 10.47 pagi kira-kira 107 batu nautika di Timur Laut Kuantan. “Pemeriksaan lanjut menemukan 76 guni mengandungi bahan disyaki dadah dan 50,000 liter minyak diesel. Susulan itu, seramai 10 kru warga Thailand dan tiga kru Indonesia berusia 33 hingga 68 tahun ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini. Menurut beliau, operasi kedua melibatkan sebuah kapal kargo sepanjang 39.8 meter yang didaftarkan di Indonesia turut ditahan di lokasi sama pada pukul 10.50 pagi. Seramai lima kru warga Indonesia berusia 33 hingga 71 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.-KOSMO! ONLINE.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035