Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :NORFARHIZA MOHD ATAR
Title :Penjawat awam Pahang balik awal setiap Jumaat sepanjang Ramadan
Faculty :Kosmo
Year of Publication :11 Februari 2026,
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Penjawat awam negeri Pahang diberikan kelonggaran untuk pulang lebih awal pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan Ramadan apabila waktu bekerja ditetapkan sehingga pukul 12.30 tengah hari. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan tersebut dibuat bagi menjunjung titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung pelarasan waktu bekerja sepanjang Ramadan. “Waktu bekerja bagi penjawat awam negeri pada setiap hari Jumaat sepanjang bulan mulia itu akan bermula selewat-lewatnya pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. “Ketetapan ini adalah selaras dengan titah tuanku berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 16 Januari 2026. “Tempoh pelaksanaannya adalah bermula 19 Februari hingga 20 Mac 2026,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini. Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memahami kepentingan Ramadan sebagai bulan ibadah dan penghayatan rohani, justeru pelarasan waktu bekerja itu dilaksanakan bagi memberi keseimbangan antara tuntutan tugas dan keperluan beribadah. Beliau turut yakin seluruh penjawat awam negeri akan terus mengekalkan tahap profesionalisme, integriti serta komitmen tinggi dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035