Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :BERNAMA
Title :UKM lancar program pensijilan profesional keselamatan siber, AI di Qatar
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :02 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terus memperkukuh agenda pengantarabangsaan menerusi pelancaran program pensijilan profesional dalam bidang keselamatan siber dan AI Quantum dengan kerjasama BlackBerry serta QuantumX Solutions GmbH, baru-baru ini. UKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelancaran program yang diadakan di Lusail, Qatar, itu adalah sebahagian daripada hala tuju strategik pembangunan UKM-Qatar. Menurut kenyataan itu, program berkenaan mencerminkan peranan UKM-Qatar sebagai platform pendidikan profesional bertaraf antarabangsa, di samping memperluas impak universiti dalam pembangunan bakat keselamatan siber serta keupayaan cyber resilience (kebingkasan siber) yang mampan pada peringkat global. "Program profesional ini hasil kerjasama strategik antara UKM, BlackBerry dan QuantumX Solutions GmbH susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 4 November lepas. "Kerjasama itu memfokuskan kepada pembangunan kepakaran keselamatan siber dan penggunaan AI (kecerdasan buatan), pengurusan risiko digital serta keupayaan kebingkasan siber yang semakin kritikal dalam landskap teknologi global," menurut kenyataan itu. Sebagai pelengkap, ketiga-tiga pihak turut menganjurkan dua bengkel kebingkasan siber sebagai platform perkongsian kepakaran antara akademia dan industri, yang dihadiri lebih 50 peserta dari universiti serta sektor industri di Doha. Bengkel itu memberikan pendedahan langsung kepada peserta sektor awam dan swasta mengenai cabaran keselamatan sistem, perlindungan infrastruktur digital serta keperluan teknikal berimpak tinggi dalam persekitaran operasi sebenar, termasuk penggunaan prompt AI secara pantas dan selamat. Majlis pelancaran ini turut dihadiri Naib Canselor UKM, Prof Datuk' Dr Sufian Jusoh; Presiden UKM–Qatar, Prof Datuk Dr Mahmoud Khalid Al Msafir dan Pengarah UKM-Shape, Prof Madya Dr Lokhman Hakim Osman. – BERNAMA
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035