Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Mohd Azlim Zainury
Title :Kursi Institusi Raja-Raja Melayu UiTM junjung titah Agong, Sultan Selangor
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :12 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM – Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berhubung kepentingan semua warganegara menghormati Islam sebagai agama Persekutuan. Perkara itu dinyatakan Penyandangnya yang juga merupakan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Seri Profesor Emeritus Dr Awang Sariyan menerusi hantaran di Facebooknya pada Rabu. Menurutnya, kebebasan mengamalkan agama bagi penganut agama lain wajib dihargai dan tiada ruang bagi sesiapa untuk meremehkan kedudukan agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Beliau turut menegaskan bahawa soal agama dan aspek lain kehidupan bernegara telah sedia terangkum dalam undang‑undang negara. Sehubungan itu, tegasnya, prinsip Rukun Negara ketiga iaitu Keluhuran Perlembagaan dan prinsip keempat, Kedaulatan Undang‑Undang perlu dipatuhi oleh seluruh warganegara. Terdahulu, Sultan Ibrahim pada Rabu turut bertitah menegaskan sebarang isu berkaitan agama tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak kerana tindakan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian, perpaduan serta kestabilan negara berbilang kaum. Seri Paduka Baginda bertitah, Malaysia sebuah negara yang dibina atas asas keharmonian dan kekuatan negara terletak pada semangat saling menghormati, toleransi serta pematuhan kepada undang-undang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035