Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Fahmy A Rosli
Title :Pendidikan seharusnya semurah mungkin - Anwar
Faculty :Berita Harian
Year of Publication :04 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berpandangan akses pengajian tinggi sepatutnya ditawarkan pada kos serendah mungkin, khususnya kepada pelajar daripada keluarga miskin dan memerlukan bantuan. Ketika ini, Perdana Menteri berkata, hutang yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan mencecah puluhan bilion ringgit, mendorong kerajaan melaksanakan bantuan pendidikan secara bersasar dan berperingkat. Untuk itu, beliau ada berbincang dengan Kementerian Kewangan (MoF) untuk mencari jalan meningkatkan bantuan terutama untuk pelajar miskin. "Pendidikan ini sepatutnya semurah mungkin. Kalau boleh berikan kemudahan kepada semua yang perlukan bantuan. Tapi bila kita bentuk kerajaan, kita lihat tanggungjawab sampai puluhan bilion hutang.   "Tahun lalu, saya putuskan kita beri pendidikan percuma kepada pelajar miskin daripada 5,000 kepada 10,000 orang. Saya ada bincang dengan MoF untuk mencari jalan meningkatkan lagi bantuan untuk pelajar miskin. "Ada dibangkitkan oleh anak-anak tadi (mahasiswa) mengenai bagaimana bagi (tukar PTPTN kepada biasiswa) kepada pelajar cemerlang. Betul itu diberi pertimbangan. Tapi kalau kita ada masalah peringkat sekarang, kita selesaikan ikut peringkat," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab sempena program Temu Anwar@ Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT), di sini hari ini. Yang turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming. Dalam program sama, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengumumkan semua badan dan yayasan pendidikan terbabit dalam inisiatif pendidikan akan diberikan pengecualian cukai selamat 10 tahun. TAR UMT antara badan pendidikan yang menerima manfaat daripada pengumuman itu. "Seperti mana kita umumkan, semua badan-badan dan yayasan pendidikan dengan peraturan ditetapkan oleh MOF. Kalau tujuan itu untuk pendidikan seperti mana Yayasan TAR, kita luluskan pengecualian cukai 10 tahun," kata Anwar.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035