Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Bernama
Title :UM siasat dakwaan libatkan pensyarah kanan sebagai pengikut Freemason
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :12 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUALA LUMPUR - Universiti Malaya (UM) memulakan siasatan dalaman susulan dakwaan yang tular menerusi media sosial melibatkan seorang pensyarah kanannya yang dikaitkan sebagai pengikut kumpulan Freemason. Universiti itu dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan dijalankan bagi mendapatkan gambaran menyeluruh berhubung perkara berkenaan, selain memastikan penelitian dibuat secara adil, telus dan selaras dengan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa. Menurut kenyataan itu, orang ramai dinasihatkan supaya memberi ruang sepenuhnya kepada pihak universiti untuk melaksanakan proses siasatan tanpa sebarang gangguan. "Orang ramai juga diminta mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat,” menurut kenyataan berkenaan. UM turut menegaskan komitmennya untuk memastikan setiap isu ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik. - Bernama
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035