Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
Main Author :Norawazni Yusof
Title :21 Orang Asli disyaki ceroboh tanah Sultan Pahang direman
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :10 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
PEKAN – Seramai 21 Orang Asli direman kerana disyaki menceroboh serta melakukan kerosakan di ladang milik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Rompin. Ketua Polis Daerah Rompin, Superintenden Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, perintah reman terhadap kesemua individu berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Melody Wong Sze Woon selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa. Menurutnya, mahkamah membenarkan perintah reman selama satu hari terhadap 17 wanita Orang Asli dan kesemua mereka akan dibebaskan hari ini selepas proses dokumentasi selesai. “Empat lelaki lain daripada komuniti itu pula dibenarkan direman selama dua hari sehingga Rabu,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. Beliau memaklumkan, kesemua suspek dibawa ke mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan pencerobohan tersebut. Terdahulu, Sinar Harian melaporkan penahanan dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada wakil syarikat yang dilantik untuk mengusahakan kawasan berkenaan, dengan siasatan awal mendapati kawasan ladang kelapa sawit itu diceroboh tanpa kebenaran.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035