Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Norawazni Yusof
Title :Polis tahan pelajar kes hantaran hina agama
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :25 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN - Seorang pelajar di sebuah pusat pengajian tinggi ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu hantaran di media sosial yang didakwa mengandungi unsur penghinaan terhadap agama. Perkara itu disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman ketika dihubungi pada Rabu. "Kita tahan pelajar dan hari ini permohonan reman akan dibuat bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya ringkas. Beliau memaklumkan kes kini disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Terdahulu, tular satu hantaran di laman sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang menggesa orang ramai berhujah menggunakan fakta dan rujukan bagi mengekalkan etika perbincangan yang sihat. Menerusi hantaran yang disematkan (pinned) pada profilnya, individu itu menegaskan bahawa penggunaan kata makian dan hinaan hanya membuang masa serta tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak. Namun, lelaki berkenaan kemudian dikesan beralih daripada menyeru perbincangan sihat kepada memuat naik status provokatif yang menghina Nabi Muhammad SAW serta menyamakan agama dengan haiwan. Sementara itu, Pusat Komunikasi Korporat Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan pihaknya memandang serius penyebaran kandungan menyentuh isu berkaitan agama, kaum dan institusi diraja (3R) di media sosial menerusi akaun milik individu yang didakwa pelajar universiti itu. Menurut kenyataan itu, pihak UMPSA sedang menjalankan siasatan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035