Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nurul Huda Husain
Title :Perbuatan hina, pijak al-Quran gores maruah Islam - Menteri Agama
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :25 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memandang serius insiden melibatkan seorang pelajar yang menghina Islam di media sosial sehingga mengundang kemarahan ramai ketika ini. Menterinya, Dr Zulkifli Hasan berkata, perbuatan tersebut telah menggores maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan ini. "Pihak berkuasa sedang menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya termasuk telah menangkap dan mendakwa individu tersebut mengikut lunas undang-undang. "Semua pihak juga diseru untuk terus menjaga keharmonian yang telah dibina selama ini tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak pelampau yang mahu menggugat keamanan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Pada Selasa, tular gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti di Pahang di media sosial. Turut tular gambar lelaki terbabit dan tangkap layar komen menghina Nabi Muhammad SAW. Susulan itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan polis untuk siasatan kerana disyaki menghina Islam. Menurut Yahaya, polis akan mendapatkan perintah reman terhadap penuntut terbabit yang ditahan awal pagi Rabu itu.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035