Koleksi Khas Digital
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :Newspaper Clipping
Subject :Pahang
UMPSA
Institusi Pengajian Tinggi
Main Author :Nik Amirulmumin Nik Min
Title :Pelajar IPTA direman 4 hari kes hantaran hina Islam
Faculty :Sinar Harian
Year of Publication :25 Februari 2026
HTTP Link :Click to view web link
JPG Related Image : Click to view Image file

Full Text :
KUANTAN – Pelajar lelaki sebuah universiti di sini yang ditahan kerana memuat naik gambar memijak al-Quran dan hantaran menghina Rasulullah melalui akaun Threads miliknya direman selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu ini bagi siasatan lanjut. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, penahanan pelajar berusia 21 tahun itu dilakukan susulan satu laporan polis yang dibuat bapanya pada awal pagi Rabu. Menurutnya, pengadu berusia dalam lingkungan 50-an membuat laporan tersebut susulan hantaran menghina al-Quran yang dilakukan anaknya itu. “Lelaki tersebut datang ke balai polis bersama anaknya untuk memohon maaf. “Dia bertindak demikian dipercayai kerana bimbang akan keselamatan anaknya ekoran perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. Ashari berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948. “Orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak mengambil tindakan sendiri hingga boleh mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya. Gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran menghina Islam itu tular sejak Selasa lalu dan didakwa dimuat naik oleh individu terbabit di akaun Threads miliknya. Penahanan pelajar tersebut sebelum ini disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman. Sementara itu, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) telah menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat tindakan pelajar terbabit. Naib Canselor UMPSA, Profesor Dr Yatimah Alias berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu. Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pelajar yang didapati bersalah atas apa-apa kesalahan tatatertib di bawah Kaedah-Kaedah Universiti dan Kolej Universiti (UMPSA) (Tatatertib Pelajar) 2024.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Perpustakaan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at umplibrary@ump.edu.my or +609 431 5035